
dua isu yang hangat diperkatakan ramai orang sekarang.dan aku tertarik juga mengulasnya apabila melihat sahabat-sahabat blogger mengutarakan isu ini di blog masing-masing.mari kita membuka minda sebentar dengan isu yang matang sikit.dah umur 22 tahun ni kena pandai buat-buat matang huhu
Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta pandangan daripada orang ramai tentang mewajibkan
Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk
lulus dalam SPM dan mendapat sijil.cadangan ini banyak menerima pelbagai reaksi positif dan negatif dari orang kenamaan dan juga orang ramai.kita boleh lihat penggunaan bahasa inggeris sebenarnya amat meluas di kalangan masyarakat dunia kerana bahasa inggeris merupakan bahasa utama dunia
kalau nak ikutkan,
sebelum mengambil SPM, kita da belajar bahasa inggeris hampir 11 tahun.lama tu...jadi mengapa pelajar-pelajar masih tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris walhal dalam tempoh 11 tahun pasti banyak perkara yang sudah dipelajari
kalau sesuatu perkara itu wajib, manusia selalunya akan mengambil berat perkara tersebut berbanding sesuatu yang tidak wajib.tapi kadang-kadang benda yang wajib pun manusia sering leka untuk menunaikannya , contohnya solat 5 waktu
cadangan untuk mewajibkan lulus dalam bahasa inggeris di peringkat SPM sebenarnya dalah satu cadangan yang baik.bukan untuk menafikan penggunaan bahasa ibunda kita ,bahasa Melayu tetapi dengan dunia yang semakin pesat ,kita juga tidak boleh menafikan pentingnya penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia ini

di Universiti , kita boleh lihat kebanyakan
kursus yang kritikal memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam bahasa Inggeris walaupun masih ada kursus yang diajar dalam bahasa Melayu . tetapi jika seseorang itu yang fasih berbahasa Inggeris walaupun bukan dalam bidang pelajarannya ,bukankah orang lagi berasa kagum dengannya?
jika seseorang yang mengambil jurusan keagamaan, bukan bermakna dia hanya perlu menguasai bahasa Arab sahaja.jika dia dapat menguasai bahasa Inggeris juga bukankah itu satu kelebihan dan menjadikan dirinya mempunyai
nilai tambah berbanding orang lain yang sama bijak dengannya dalam ilmu agama?
sekarang kita seharusnya mempunyai fikiran dan minda lebih terbuka dalam menilai isu ini.saya sendiri boleh melihat di universiti saya, UDM,mahasiswa-mahasiswi dalam jurusan pengajian Islam tidak lagi segan untuk berbahasa Inggeris dan mereka sendiri menyedari pentingnya bahasa Inggeris itu dalam kehidupan akan datang
bangsa-bangsa lain di Malaysia kebanyakannya mamp
u menguasai 3 bahasa sekaligus, contohnya bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.orang Melayu mungkin hanya pandai berbahasa Melayu sahaja atau yang mengambil jurusan agama mungkin mampu berbahasa Arab juga.tapi berapa keratlah sangat.ini semua terjadi kerana kita masih mahu mengenepikan kepentingan bahasa Inggeris.
tak malukah kita dengan bangsa lain yang semakin maju sedangkan kita masih mahu berada di zon selesa.bagaimanakah kita hendak bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang di Malaysia ini?
kita lihat realiti sebenar,ada orang Melayu yag masih gagal dalam subjek bahasa Melayu tetapi bangsa lain mampu mendapat
markah tertinggi dalam subjek bahasa Melayu.walaupun kita berbual, bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, belum tentu juga lagi kita benar-benar tahu dan faham bahasa Melayu itu sendiri
dalam konteks ini, kita boleh lihat bagaimana bangsa lain berusaha bersungguh-bersungguh untuk mendapat A dalam subjek bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri duk relax je ingat da pandai bahasa Melayu
kenapa bangsa lain boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik sedangkan orang Melayu tidak boleh?semuanya bergantung kepada usaha.
'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'untuk membolehkan seseorang itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Malaysia, seseorang itu harus mengambil ujian
MUET.di universiti saya, kebanyakan pelajar hanya mendapat
band 2.band 2 itu juga boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja.tapi kita tak boleh nak salahkan mereka juga kerana
persekitaran di UDM juga tidak menggalakkan seseorang itu berbahasa Inggeris kecuali jika anda adalah pelajar jurusan TESL atau undang-undang.kadang-kadang saya sendiri sedih melihatkan keadaan tersebut.penggunaan bahasa Inggeris memang
dianggap pelik dan janggal bila mahu berkomunikasi kerana mungkin akan dilabel gedik dan tunjuk bagus.tetapi saya memuji usaha dari MPP UDM yang menggunakan dwibahasa bila berlangsungnya majlis-majlis yang mereka anjurkan.sekurang-kurangnya pelajar dapat merasakan suasana penggunaan bahasa Inggeris .
tetapi situasi kepelikan menggunakan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mungkin kurang berlaku di universiti-universiti lain di Malaysia terutamanya yang terletak di Lembah Klang.mereka yang tidak pandai berbahasa Inggeris disisihkan dan meraka akan berasa kurang bijak dan mahu bersaing sesama sendiri
saya rasa dengan
teknik pengajaran yang berkesan dan kreatif boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar berbahasa Inggeris.jadi itu bukan suatu masalah jika betul teknik dan caranya digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar dan pedalaman.guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris harus berfikir secara kreatif untuk meningkatkan minat pelajar menguasai bahasa Inggeris.bukan sekadar hanya menggunakan buku semata-mata.
janganlah kita menganggap pelajar di luar bandar itu kurang bijak.yang banyak berjaya juga sebnarnya pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar seperti
Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu, sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online.jadi ini tidak boleh dijadikan alasan mengapa pelajar luar bandar tidak boleh berjaya walaupun hidup dalam kedaifan .jika kuat semangat benda mustahil boleh menjadi kenyataan
tetapi saya juga bersetuju dengan saudari
Acax yang mengatakan guru harus memberi penekanan dalam
aspek grammar bukannya komunikasi semata-mata.pelajar-pelajar banyak hilang markah dalam grammar sedangkan mereka mempunyai banyak isi untuk diketengahkan di dalam karangan mereka.walaupun seorang pelajar itu boleh menulis karangan yang panjang berjela tetapi apabila dia mengabaikan aspek grammar, markah boleh turun dengan mendadak serta merta.

walaupun begitu dalam isu
matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris sahaja saya kurang setuju.kerana subjek itu boleh dikatakan subjek yang kritikal juga dan perlukan pemahaman yang kuat dalam bahasa ibunda sendiri.bila betul-betul dah memahami benda yang asas yang diajar di sekolah dan bila kita sudah matang untuk berfikir dengan sempurna , pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan lagi satu masalah di peringkat Universiti
saya juga bukanlah seorang yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.saya juga teringin menjadi seorang yang fasih dalam berbahasa Inggeris tapi itu tidak mungkin akan terjadi jika saya tidak berusaha ke arah itu
dalam isu
Sister in Islam pula , walaupun mereka menggunakan nama Islam dalam persatuan mereka tetapi mereka ada
menentang ajaran Islam dalam sesetengah perkara .tak payah tengok jauh-jauh, tengok betulkah cara mereka menutup aurat.sempurnakah?apa-apa persatuan atau pertubuhan yang menggunakan nama Islam walhal sebenarnya mereka tidak memperjuangkan Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah patut dihapuskan kerana mereka ini boleh menjadi
musuh dalam selimut atau duri dalam daging yang bisa merosakkan dan meruntuhkan Islam itu sendiri
4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.